Pengelasan Tumbuhan

Tumbuh-tumbuhan dapat dikelaskan kepada dua kumpulan utama iaitu tumbuhan berbunga dan tumbuhan tidak berbunga. Tumbuh-tumbuhan yang menghasilkan bunga dipanggil tumbuhan berbunga. Tumbuh-tumbuhan yang tidak menghasilkan bunga dipanggil tumbuhan tidak berbunga.                                           

Tumbuhan Berbunga 

Tumbuhan berbunga menghasilkan bunga, biji dan buah. Bunga biasanya berkembang menjadi buah. Tumbuhan jenis ini menghasilkan bunga untuk pembiakan. Tumbuhan berbunga dapat dibahagikan kepada monokotiledon dan dikotiledon.

Tumbuhan Dikotiledon

ciri tumbuhan dikotiledon

 

Ciri-ciri tumbuhan dikotiledon ialah:

1) Daun berurat jejala

2) Biji benih mempunyai dua kotiledon

3) Batang biasanya berkayu

4) Mempunyai sistem akar tunjang

5) Mempunyai empat atau lima ranggi

6) Contoh tumbuhan dikotiledon ialah durian, rambutan, getah dan lain-lain.

ciri tumbuhan monokotiledon

 

Tumbuhan Monokotiledon

Ciri-ciri tumbuhan monokotiledon ialah:

1) Daun berurat selari

2) Biji benih mempunyai satu kotiledon

3) Batang tidak berkayu (lembut)

4) Mempunyai sistem akar serabut

5) Contoh tumbuhan monokotiledon ialah jagung, rumput, tebu, pisang, padi, kelapa, orkid dan lain-lain.

Perbezaan tumbuhan dikotiledon dan monokotiledon

Tumbuhan Tidak Berbunga

Tumbuh-tumbuhan tidak berbunga tidak menghasilkan bunga, buah dan biji benih. Tumbuh-tumbuhan ini membiak melalui spora atau belahan dedua. Tumbuh-tumbuhan tidak berbunga dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu alga, lumut, paku-pakis dan kulat.

Alga

Klamidomonas

Spirogira

Ciri-ciri alga ialah:

1) Alga hidup di darat dan laut

2) Berwarna hijau berklorofil

3) Tidak mempunyai batang, akar dan daun yang sebenar

4) Menghasilkan spora untuk pembiakan

5) Contoh: spirogira, klamidomonas dan rumpai laut

Lumut

Lumut hati

Ciri-ciri lumut ialah:

1) Hidup di tempat yang lembap berair

2) Mempunyai daun berklorofil dan rizoid sebagai akar

3) Boleh membuat makanan sendiri

4) Menghasilkan spora untuk pembiakan

5) Contoh: lumut hati, lumut biasa

Paku-pakis

Ciri-ciri paku-pakis ialah:

Paku-pakis

1) Hidup di kawasan lembap dan teduh

2) Mempunyai batang, daun berklorofil, dan akar serabut

3) Menghasilkan spora untuk pembiakan

4) Contoh: paku resam, paku gajah

 

 

 

 

Kulat

Ciri-ciri kulat ialah:

Kulat Tetupai

Cendawan

1) Hidup di kawasan lembap

2) Tidak mempunyai batang, akar dan daun yang sebenar

3) Tidak berklorofil dan tidak boleh berfotosintesis

4) Menghasilkan spora untuk pembiakan

5) Contoh: Yis, mukor, cendawan, kulat tetupai

 

 

Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s