Latihan 1

Kepelbagaian Hidupan dan Pengelasannya

LATIHAN 

Latih Tubi (KBKK)

1. Antara berikut, yang manakah merupakan bukan sifat benda-benda hidup?
  A Bernafas
  B Bergerak balas                                     
  C Tumbesaran
  D Berjalan
2. Antara berikut, yang manakah pasangan yang tidak betul antara organisma dengan habitatnya?
    Organisma Habitat
  A Hidra Dalam tanah
  B Luncur air Permukaan air
  C Paramesium Kolam
  D Spirogira Kolam
  3. Cacing tanah perlu hidup dalam keadaan yang lembap untuk mengekalkan kelembapan kulit luar badannya. Apakah tujuan cacing tanah bebruat begitu?
  A Untuk melindungi tisu-tisu dalam
  B Untuk mengekalkan bentuk badan
  C Untuk membolehkan penyerapan oksigen
  D Untuk memudahkan pergerakan badan yang lembut

4. Rajah 1 menunjukkan pengelasan haiwan. Antara penyataan berikut, yang manakah benar tentang organisma P?
  A Bernafas menggunakan peparu
  B Menghasilkan telur bercangkerang
  C Menggunakan gas oksigen untuk berespirasi
  D Semua habitatnya di atas darat yang kering 
5. Apakah sifat terpenting bagi haiwan vertebrata?
  A Bernafas dengan menggunakan peparu
  B Membiak dan menjaga anak sendiri
  C Mempunyai tulang belakang
  D Bergerak balas terhadap sebarang rangsangan

6. Rajah 2 di atas menunjukkan pengelasan haiwan -haiwan. Antara berikut, yang manakah betul tentang contoh haiwan dalam kumpulan P dan Q?
  A Kodok, memerang
  B Cicak, kerbau
  C Katak, ayam
  D Belut, kura-kura
7. Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang ciri-ciri reptilia?
  A Ia mempunyai telur bercangkerang
  B Ia melakukan persenyawaan luar
  C Suhu badanya berubah mengikut suhu persekitaran
  D Ia bernafas dengan menggunakan peparu
8. Ciri-ciri berikut dipunyai oleh ikan kecuali
  A melakukan persenyawaan dalam.
  B merupakan haiwan poikiloterma.
  C kulit bersisik dan berlendir.
  D bernafas dengan menggunakan insang.
9. Semua kumpulan tumbuhan berikut adalah kumpulan tumbuhan tidak berbunga kecuali?
  A Lumut hati, paku pakis, ru
  B Pine, alga, lumut
  C Kulampair, lumut, paku pakis
  D Lengkuas, Keladi, paku gajah

10. Antara kumpulan tumbuh-tumbuhan berikut, yang manakah mempunyai ciri-ciri seperti di atas?
  A Padi, jagung, mangga
  B Rambutan, rumbia, buluh
  C Gandum, padi, barli
  D Sekoi, durian, sentul
11. Kulat mempunyai ciri-ciri berikut kecuali
  A membiak melalui spora.
  B wujud dalam bentuk unisel.
  C sel-selnya mempunyai dinding sel.
  D tidak dapat membina makanan sendiri.

12. Rajah 3 menunjukkan sebahagian pengelasan tumbuhan dengan P dan Q sebagai contoh tumbuhannya. Apakah tumbuhan P dan Q?
  A Jagung dan padi                                      
  B Padi dan mangga                                     
  C Lalang dan pisang
  D Petola dan kacang panjang

13. Rajah 4 menunjukkan satu sel organisma hidup. Antara berikut, yang manakah berfungsi untuk mengawal aktiviti dalam sel?
  A P
  B Q
  C R
  D Q dan R
14. Antara berikut, yang manakah merupakan  habitat bagi pokok kaktus?
  A Laut                                                         
  B Hutan
  C Gurun
  D Kayu reput
15. Antara berikut, yang manakah bukan variasi yang dikaji yang dikaji secara saintifik ke atas manusia?
  A Ketinggian
  B IQ
  C Corak pakaian
  D Kumpulan darah
16. Burung, paus, kelawar, buaya dan kerbau mempunyai satu sifat yang sama.Apakah sifat yang dimaksudkan?
  A Berdarah sejuk
  B Mempunyai telinga bercuping
  C Hidup di atas darat
  D Melakukan persenyawaan dalam

17. Rajah 5 menunjukkan seekor haiwan Antara berikut, sifat yang manakahbenar tentang haiwan ini?
  A Sejenis ikan
  B Menyusukan anak
  C Berdarah sejuk
  D Bernafas dengan menggunakan insang

18. Antara kelas haiwan berikut , yang manakah mempunyai maklumat seperti di atas?
  A Ikan
  B Amfibia
  C Reptilia
  D Burung

19. Jadual 1 menunjukkan struktur dan fungsi sel. Antara berikut, yang manakah tidak betul?
  A Vakuol
  B Protoplasma
  C Kloroplas
  D Membran sel

20. Rajah 6 menunjukkan organisasi sel.  Antara berikut, yang manakah termasuk dalam kumpulan X dan Y?
  A Perut, pundi hempedu                            
  B Peparu , jantung                                       
  C Leukosit, eritrosit
  D Tisu otot, pankreas

21. Rajah 7 menunjukkan pengelasan tumbuhan tidak berbunga. Antara tumbuhan berikut yang manakah boleh dimasukkan ke dalam kumpulan X?
  A Spirogira
  B Paku resam                                               
  C Cendawan
  D Lumut hati
22. Antara penyataan-penyataan berikut, yang manakah benar tentang sistem perkumuhan?
  A Berfungsi untuk mencernakan makanan
  B Berfungsi untuk menyingkirkan bahan-bahan buangan
  C Terdiri daripada ginjal dan usus kecil
  D Berfungsi untuk menyerap bahan buangan ke dalam hati
   23. Apakah system yang memberi sokongan dan melindungi organ-organ lembut dalam badan kita?
  A Sistem otot
  B Sistem rangka
  C Sistem saraf
  D Sistem pembiakan
24. Semua jenis sel berikut mempunyai nukleus kecuali
  A sel otot .                                                 
  B sel saraf.                                                 
  C eritrosit.
  D leukosit.

25. Rajah 8 menunjukkan sejenis tumbuhan tidak berbunga. Antara berikut, yang manakah benar tentang struktur yang berlabel P?
  A Ia merupakan struktur yang menghasilkan spora
  B Ia merupakan struktur yang membuat makanan
  C Ia merupakan struktur yang membekalkan makanan
  D Ia merupakan struktur yang membebaskan bahan buangan

Ringkasan Arahan

A

I, II, III

B

I, II sahaja

C

II, III sahaja

 

D

I sahaja

 

26. Antara organisma berikut, yang manakah menepati ciri-ciri di atas?
  I Euglena
  II Amoeba
  III Yis

27. Rajah 9 menunjukkan satu kumpulan organisma. Antara penyataan berikut yang manakah benar?
  I Semua organisma merupakan contoh organisma unisel.
  II Semuanya mempunyai hanya satu nukleus.
  III Semuanya boleh bergerak dengan cara yang sama.
28. Apakah keistimewaan ciri-ciri manusia?
  I Boleh mereka cipta sesuatu
  II Boleh berfikir secara rasional dan menilai
  III Mempunyai kepercayaan dan nilai-nilai murni
29. Antara tumbuhan berikut, yang manakah mempunyai spora dan tidak boleh membuat makanan sendiri?
  I Cendawan
  II Lumut
  III Paku pakis
30. Haiwan yang menyesuaikan diri dengan habitatnya akan
  I bersaiz lebih besar.
  II membiak dengan lebih baik.
  III lebih berkebolehan melarikan diri daripada musuh.
31. Antara berikut, yang manakah benar tentang dinding sel?
  I Terdiri daripada selulosa
  II Terdapat pada tumbuhan sahaja
  III Terdapat pada kedua-dua sel tumbuhan dan haiwan
32. Katak dan berudu berbeza dari segi
  I rupa bentuk.
  II organ pernafasan.
  III habitat.

33. Rajah 10 menunjukkan sejenis buah tumbuhan. Antara berikut, yang manakah benar tentang buah tumbuhan tersebut?
  I Buah ini menyebarkan biji benih dengan cara letupan.
  II Buah ini mempunyai kepak dan boleh diterbangkan oleh angin.
  III Buah ini merupakan buah tumbuhan daratan.   
   34. Mengapakah arnab dikelaskan sebagai kumpulan mamalia?
  I Arnab mempunyai cuping telinga.
  II Arnab menyusukan anak.
  III Arnab berdarah panas.
35. Antara berikut, yang manakah benar tentang spirogira?
  I Ia adalah sejenis tumbuhan multisel.
  II Ia boleh bergerak dengan menggunakan flagela.
  III Ia mengambil makanan daripada hidupan lain.
36. Apakah organ-organ yang terlibat dalam sistem pernafasan?
  I Trakea
  II Peparu
  III Pankreas
37. Antara penyataan berikut, yang manakah benar tentang yis?
  I Ia membiak dengan cara pertunasan.
  II Ia merupakan di antara unisel yang berfaedah kepada manusia.
  III Ia boleh hidup hanya di atas darat tanpa kehadiran air.

38. Daripada maklumat di atas, apakah organisma yang mempunyai ciri-ciri tersebut?
  I Spirogira
  II Rumpai laut
  III Klamidomonas

39. Apakah organisma yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas?
  I Paku pakis
  II Alga hijau
  III Lumut hati
40. Antara berikut, yang manakah benar tentang haiwan invertebrata?
  I Haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang
  II Haiwan ini disokong oleh kulit luar atau cecair badan
  III Semua haiwan jenis ini tinggal di atas darat      

Semak Jawapan

Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s